Cara masak nasi ayam sedap



Berikut adalah cara masak nasi ayam yang sedap

Saya akan tunjuk anda cara untuk menyiapkan 5 komponen penting dalam menyediakan nasi ayam iaitu:
  • Sup
  • Nasi
  • Ayam
  • Kuah Kicap
  • Kuah Cili
Resepi Nasi Ayam ini telah saya olah supaya dapat menjimatkan masa dan sihat kerana bebas minyak. Mari kita bermula dengan langkah pertama:





Langkah 1 : Sup
cara masak nasi ayam sedap

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam dipotong 8 & dibuang kulit
  • 1- 2 biji bawang dibelah empat
  • 3 ulas bawang putih dihiris / diketuk
  • 1 inci halia yang dihiris / diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji buah pelaga
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1 tbs serbuk lada hitam
  • 2 tbs serbuk jintan putih
  • 2 tbs serbuk ketumbar
  • 1 kiub ayam Maggi ( boleh guna 2-3 kiub ikut citarasa anda )
  • Air secukupnya

Cara Menyediakan Sup

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Tambahkan air secukupnya supaya cukup untuk masak nasi, sup, kuah cili dan kuah kicap.
3. Didihkan sup sehingga ayam masak dan keluarkan ayam dari sup dan letakkan ke dalam bekas yang berasingan untuk diperap sebelum digoreng/dibakar.
cara masak nasi ayam sedap


Langkah 2 : Nasi

Bahan-bahan

  • 2 mangkuk nasi ( 8 orang makan)
  • 1 3/4 mangkuk sup (anggaran)
  • 1-2 titis pewarna kuning / 1-2 tbs serbuk kunyit

Cara Menyediakan Nasi 

cara masak nasi ayam sedap

1. Basuh beras, titiskan pewarna kuning dan rendam selama 5-10 minit.

Cara masak nasi ayam sedap

2. Toskan beras dan masukkan 1 3/4 mangkuk sup ke dalam periuk nasi. Kurangkan sedikit ukuran air untuk mengelakkan nasi lembik, kerana beras telah menyerap air ketika direndam.
3. Biarkan nasi masak. Anda juga boleh menambahkan daun pandan dan serai yang dititik untuk menaikkan aroma nasi.


Langkah 3 : Ayam

Bahan-bahan

  • 1 senduk gula
  • 1 tbs serbuk lada hitam (Ajinomoto)
  • 2 senduk kicap lemak (Jalen)

Cara Perap Ayam Goreng

cara masak nasi ayam sedap

1. Gaulkan semua bahan di atas dengan ayam yang telah dimasak dalam sup sebentar tadi dan perap seketika. Jangan buang kicap yang digunakan untuk perapan ayam kerana ia akan digunakan untuk membuat kuah kicap.

cara masak nasi ayam sedap


2. Goreng ayam sehingga bahagian luarnya garing dan berwarna keperang-perangan. Jus ayam akan hilang jika menggorengnya terlalu lama.

Langkah 4 : Kuah Kicap



1.Tambahkan 2 senduk sup ke dalam kicap perapan ayam tadi dan renih sehingga pekat. Masak dengan menggunakan api yang perlahan supaya kuah kicap tidak hangit.
Cara masak nasi ayam sedap


Langkah 5 : Kuah Cili

cara masak nasi ayam sedap
Cara masak nasi ayam sedap

Bahan-bahan

  • 12 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk sup
  • 1 seduk gula
  • 1 senduk cuka

Cara Menyediakan Kuah Cili

1. Kisarkan kesemua bahan-bahan di atas dan renih sehingga kuah menjadi pekat. Gunakan api yang perlahan supaya cili tidak hangit.

cara masak nasi ayam sedap


2. Nasi Ayam sudahpun siap. Untuk hiasan hiriskan timun, tomato dan daun salad. Selamat Mencuba.

cara masak nasi ayam sedap

TAGS

  • resepi nasi ayam hainan
  • resepi nasi ayam cina
  • resepi nasi ayam sheila rusly
  • resepi nasi ayam mudah
  • resepi sambal nasi ayam
  • resepi nasi ayam madu
  • resepi nasi ayam penyet
  • nasi ayam kukus