RESEPI KEK LAPIS APONG-APONG

RESEPI KEK LAPIS APONG-APONG
BAHAN-BAHAN
500gm Butter(loyang 8x8)
10 biji telur AA
1 sk esen Vanila
505gm susu pekat manis
80gm seri kaya
250gm tepung gandum diayak
150gm horlick
50gm serbuk santan
150gm gula apong(gula melaka pun boleh)
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Butter + esen vanila di pukul sehingga putih berkrim.
2.Masukan telur satu persatu pukul sehingga kembang.
3.Kemudian masukkan susu + seri kaya pukul lagi.
4.Selepas itu masukan bahan2 kering seperti Tepung + horlick + serbuk santan pukul hingga sebati
5.Bahagikan kepada 2 adunan:
Kalau boleh asingkan dlu 150gm adunan ke tepi sebab nanti 1 adunan nak letak gula apong jdi nanti adunan sama banyak
a) bahagian pertama letak pewarna kesukaan anda.
b)bahagian ke 2 letak gula apong.
Kukus berlapis2...berselang seli hingga adunan habis..
Kredit Resepi :
Fb Recipes Collections