RESEPI KUIH LOYANG SANTAN
BAHAN -BAHAN
500 gram tepung beras
5 sudu besar gula pasir
Santan secukupnya
2 biji telur
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Minyak masak
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Ayak tepung beras di dalam bekas dan masukkan gula, telur dan garam. Masukkan sedikit air kapur dan santan sedikit demi sedikit.
2. Kacau hingga semuanya sebati dan adunan tidak berketul. Adunannya hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan acuan dalam minyak tersebut sehingga betul-betul panas.
5. Celupkan acuan yang panas tadi ke dalam adunan tepung dan seterusnya dicelup ke dalam minyak pula.
5. Jangan celup kesemua acuan tenggelam ke dalam adunan kerana takut kuih melekat terus pada acuan tersebut.
like & share
0 Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.