RESEPI KUIH DORAEMON AKA DORAYAKI
BAHAN-BAHANNYA
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 sudu besar madu
2 biji telur
3 sudu besar air
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
Inti (coklat, kacang merah, strawberry etc)
CARA-CARA MEMBUATNYA
Masukkan telor dan gula dalam mangkuk.pukul guna whisk sampai berbuih.
Masukkan madu, minyak dan esen vanila.gaul sebati.
Ayakkan tepung + baking soda ke dalam adunan tadi.gaul sebati.
Masukkan air.dan gaul lagi hingga sebati.
Panaskan non-stick pan.dan masukkan sesenduk adunan.api kecil je tau.
Masak je macam masak lempeng. 😄
Lepastu boleh la letak inti kegemaran korang.
Kredit Resepi: Salimah Olie
0 Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.