Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap, Simple & Terbaek (SbS)

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap, Simple & Terbaek!! | Assalamualaikummmm... Nurliz suka belek-belek resepi, tetiba terjumpa resepi Ikan Siakap Stim Limau ni, tengok senang sangat dan bahan pun sikit, yg paling penting SEDAP 😁 Korang cuba lah, memang sedap!


Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)



Sumber : ‎Nurliz Emeera

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap, Simple & Terbaek


Bahan-bahan:

🐟 2 labu bawang besar di hiris besar2 

🐟 2 biji tomato di belah2, nak letak 3 biji pun boleh

🐟 2 batang cili merah di hiris2

🐟 5-6 biji cili api di hiris2, kalau nak pedas letak lebih

🐟 3cm Halia di hiris kasar, halus2 sangat takut terkunyah halia lak 

🐟 5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja, Biji buang

🐟 garam dan serbuk knorr pasti sedap secukup rasa.. takde serbuk knorr pun takpe.. hehehe

🐟 air secukupnya



Ikan siakap. 

Ni semestinya kena ada.. kalau takde ikan acaner nak masak 😂 ikan bawal pun boleh..



Cara-caranya:

Guna kuali besar je.. malas nak guna pengukus walaupun ada.. kata nak cara mudah kannn 😁

1) Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak.



2) Bila minyak dah panas, masukkan bawang-bawang dan halia kacau-kacau sampai sedikit layu..



3) Kemudian masukkan air ikut banyak mana kuah yang korang nak, saya masukan 2 cawan je.



4) Masukkan cili merah dan cili api..



6) Tuang jus limau. Kacau sebati dan siram-siram ikan tu dengan kuah dalam kuali tu, jangan ganas-ganas nanti hancur isi ikan tu nanti 😂



5) Lepastu masukkan ikan.



7) Masukkan tomato yang di belah2 tadi.  Api sedang-sedang je, jangan kuat sangat.



8) Last sekali masukkan garam dan perasa serbuk knorr pasti sedap. 

Jangan lupa balik-balikkan ikan tu ye.. nanti belah atas tu mentah pulak



Biar merenih, agak-agak isi ikan tu dah masak tutup lah api. 

Siap untuk di hidangkan dan makan!



Tadaaaaa, sedapppp! boleh tabur dengan daun ketumbar 😘

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..