RESEPI KEK HATI PARI @ PAREK


RESEPI KEK HATI PARI @ PAREK

BAHAN - BAHAN
 ( loyang 9" x 9")
 
10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
16 oz mentega (Dicadangkan mentega Golden Churn)
9 gelas tepung gandum dam 3 sudu teh soda bikarbonat (diayak bersama)
8 Sudu besar gula hitam/browning sugar (rujuk > resepi browning sugar)
1 kati / 600 g kismis hitam
1/2 tin susu pekat manis
4 hingga 6 gelas gula halus ( mengikut citarasa manis masing -masing )

CARA - CARA MEMBUATNYA

Kismis dihiris halus atau ditumbuk.

Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.

Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.

Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.

Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.

Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.

Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.

Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.

Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.

Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.

 
***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong. 



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Catat Ulasan

0 Ulasan