Bahan-Bahan
- 3 keping tauhu
- 200 gm udang (dibuang kulit)- Yatie guna 3 btng sosej, ptng kecil
- 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (di cincang)
- 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
- 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
- 2 cwn tepung gandum*
- 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
- 2 cwn air- tuang sikit2
- garam secukup rasa
- minyak masak secukupnya utk mengoreng cucur
- Sos cili (sebagai pencicah)
- Tauhu dan udang/sosej dipotong kecil.
- Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
- Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
- Gorengkan sehingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu.
0 Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.