BAHAN-BAHANNYA :-)
- 3 cawan tepung gandum
- 3 camca besar gula halus
- 4 camca besar susu tepung
- 3 camca besar lemak sayur (shortening)
- 1/2 camca teh garam halus
- 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
- 250 ml air suam
- Sambal tumis secukupnya
- Hirisan timun secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
- Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
- Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
- Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....
0 Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.