Kuih buah melaka....wajib ada dan wajib buat kalau bulan puasa. Rasa tak lengkap kalau kuih nie tak dijamah walaupun sekali. Mula-mula malas nak buat...cadang nak beli sahaja kat pasar ramadhan tetapi bila tengok orang jual buah melaka sebesar ibu jari 5 biji RM1 terus batalkan niat...baik buat sendiri puas makan.
Rasa tak berbaloi beli.
Kuih Buah Melaka
Bahan-bahannya:-
- 1 cawan tepung pulut
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1/2 cawan air perahan daun pandan (2 helai daun pandan + air = kisar)
- 1 ketul gula kabung/kampung-dipotong dadu kecil
- 1/2 cawan kelapa parut putih
- secubit garam
Cara-caranya:-
- Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas. Tuangkan air perahan daun pandan dan uli sehingga menjadi doh. Ketepikan sebentar.
- Ambil sedikit doh dan masukkan gula kampung yang dipotong dadu kecil tadi kedalamnya dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis.
- Masukkan air dalam periuk dan didihkan.
- Apabila air sudah betul-betul mendidih baru masukkan semua bebola buah melaka tadi. Biarkan sehingga ia menimbul dipermukaan air baru angkat.
- Kelapa parut putih digaulkan dengan secubit garam.
- Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut dan hidangkan.
Bancuhan di atas boleh menghasilkan 20-25 biji buah melaka sebesar ibu jari tangan anda. Kalau anda beli sebanyak itu sudah RM5. Kalau buat sendiri...puas makan.
Nota:-
- Kuih buah melaka anda akan pecah air gula jika bancuhan doh terlalu lembik. Sukatan air diatas sudah mencukupi...dan jika perlu hanya tambah sedikit sahaja air....jangan terlebih.
- Perahan air daun pandan menyedapkan lagi buah melaka.
- Potongan gula yang terlalu besar juga menyumbang kepada buah melaka pecah ketika dimasak.
0 Ulasan
Sila beri komen yang membina dan bertanggungjawab. Terima Kasih.