Kek Dandy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Bersiaran kembali setelah bbrp hari tak update resepi. Entah kenapa mood tak berapa nk best sejak dua menjak nih. Mungkin ingatan ni msh ke kampung halaman lg la kot. Padahal tahun ni saja dah 2-3 kali balik. Tp mcm tak puaslah meskipun bercuti panjang...rasa nk balik terus je....huhu. Apa2pun, tengoklah keadaan nanti....kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan segala-galanya.


Ok, jom kita jamu mata dengan kek buah ni atau lbh dikenali sbg Kek Dandy. Inilah antara kek evergreen Sarawak yg sgt sedap dan femes esp ketika menyambut hari Lebaran. Bg penggemar kek buah dah pastinya suka akan kek2 sebegini kan. DJ mmg gemarkan kek ni berbanding kek kismis sb rasanya yg lbh sedap, masam manis dgn campuran buah2 sultana....adehh, mmg best! Kalau disimpan lbh lama dlm fridge lg lbh sedap rasanya. Lg manis kek tu lg lama ia boleh bertahan sampai berbulan2 lamanya. Tp kenalah sentiasa disimpan dlm fridge tau...hehe.

Mari kita semak resepinya ye. Selamat mencuba!

Kek Dandy
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 5 biji telur A
  • 16 oz mentega (DJ menggunakan mentega SCS) - 2 buku (mentega jenama lain pun boleh)
  • 600g tepung gandum (diayak)
  • 100g horlicks 
  • 1 1/2 cawan gula halus 
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • Sultana mix fruits (digaul bersama sedikit tepung)*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak bersama tepung)
  • 2 sudu kecil esen vanilla

* Sultana mix fruits : 1 PKT CERI HIJAU,1 PKT CERI MERAH, SEDIKIT BIJI ALMOND, MANISAN LIMAU DAN KUNDUR, 250g KISMIS HITAM, 250g KISMIS KUNING DAN SEDIKIT BUAH PRUNES. - semua bahan ini dihiris kecil2 dan kemudian digaul bersama sedikit tepung

Cara-cara :
  1. Didihkan air kukusan. Sediakan loyang. Lapikkan dengan kertas serap minyak griskan dengan mentega. 
  2. Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan.
  4. Masukkan susu pekat, horlicks dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan sultana mix fruits dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  6. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan tutup kemas dengan kertas aluminium/kertas foil.
  8. Kukuslah selama 4 jam. (jika air berkurangan, tambahkan air panas)
  9. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.
Gunakan mentega berkualiti utk menghasilkan kek yg lbh lembut dan sedap!